Entry: Tutor.. Sunday, November 23, 2008



Dulu aku penah tulis tentang pelajar-pelajar aku. Tentang nama-nama mereka yang sering aku sebut dalam kelas. Sering diseru! Sebagai pensyarah/cikgu memang penting untuk kita ingat nama pelajar. Kalau nama aku diingat oleh pensyarah atau cikgu, maka inilah yang aku rasa:-

1. Diorang amik berat pasal aku.

2. Tak boleh nak main-main dalam kelas, kalau result tak ok, malu!

3. Akan rasa sangat bermotivasi untuk masuk ke kelas

Memandangkan aku percaya apa yang aku rasa, itulah juga yang dirasai oleh mereka yang bergelar pelajar...maka aku sentiasa cuba untuk ingat nama diorang. Kadang-kadang tak ingat nama diorang, ingat nama bapa diorang. Ini kes bila nama bapa diorang unik dan cepat untuk aku ingat. And I have mentioned dat...aku ingat nama berdasarkan tempat duduk pelajar. Manusia ni ada habit. Kalau dia suka duduk tepi tingkap belakang kelas...kat situ jugaklah tempat dia dalam kelas tersebut sampai abis semester. Aku juga selalunya cam orang bila aku tau dia tergolong dalam kumpulan mana. Siapa kawan-kawan dia? Jadi, selalunya pelajar ni cenderung untuk duduk di sebelah kengkawan rapat dielah...

Tapi di UPSI, aku tak mampu nak ingat nama semua pelajar. Habis banyak pun 60 - 70%. Di sini, aku ingat semua nama pelajar. Aku berjaya memaksa otak untuk mengingat nama-nama mereka. Let me tell u how the tutorial is handled here and the reason why I have to force myself to remember all the names. Tutorial kat sini dikendalikan oleh pensyarah dan tutor. Di awal kelas, pensyarah akan bagi arahan, soalan apa nak kena buat...pastu aku akan collect homework. Time aku collect homework tu...aku kena amik peluang untuk ingat nama dan wajah mereka yang aku tak ingat. Some of them memang dah terpahat di dalam kepala nama dan wajah mereka (biasalah..first impression: hensem dan cun!). So yang tulah yang aku ingat dulu.

Lepas dah collect homework diorang, aku kena bagi homework minggu lepas yang aku dah tanda...Aku kena bagi sorang-sorang. Dan kena bagi feedback sket la..apa yang tak kena...kat mana nak kena improve...etc. Jadi time nak kasik homework tu agak susah...sebab masa tu jugak diorang dah stat buat soalan-soalan tutorial + dah stat sembang-sembang + dah stat angkat tangan dan nak tanya soalan. Aku penah panggil nama berkali-kali untuk pulangkan homework, tak de orang pun yang menyahut. Tapi bila dah nak dekat habis kelas...barulah nak tanya: "eh mana paper aku?" Lagi satu masalah bila panggil nama diorang ni...kengkadang ada nama yang pelik..first name selalunya ok...tapi family name diorang tergeliat lidah aku nak sebut. Mulalah tak sure nak sebut ape.....Sebut pun dengan tak konfiden! Dan aku mmg tak suka bila ada rasa tak konfiden atau nervous. Sebenarnya nak sebut first name je memang boleh. Misalnya Jack! Tapi ada dua orang yang bernama Jack. Jack yang mana satu?

Jadi untuk mengatasi masalah tersebut...aku kena paksa diri aku untuk ingat nama-nama diorang. Kat sini aku nak list antara mereka yang aku kenali, yang tidak amik masa lama untuk mengingat (lepas 2 pertemuan), nama dan wajah terus melekat:-

Shahzad dan Seema:- mix pakistan macam tu.

Erwei, Zhang, Siqi :- tak China, Taiwan, Hong Kong dan sewaktu dengannya

Yusuke :-   Satu-satunya lelaki Jepun

Shukri: - satu-satunya lelaki Melayu..tak ingat sajalah tu!

Peter dan Matthew:- dua sekawan yang selalu duduk sebelah menyebelah. Yang uniknya walaupun berkawan, tapi markah tutorial diorang lain-lain. Peter ni konsisten dengan markah yang tinggi...dan Matthew plak dengan markah yang corot.

Rory, Daniel dan Leigh:- tiga sekawan...duduk berderet (see what I mean, kena kenal siapa kengkawan @ klik die). Rory berambut warna lobak merak, Daniel paling hensem antara mereka bertiga dan Leigh ala-ala lelaki skema tapi kiut!

Rowan dan Brogan: - selalu duduk sebelah jugak...aku ingat si Rowan ni koz kali pertama aku marking HW die, tulisan punyalah buruk sampaikan aku kena komen. So aku ingat die. Brogan ni aku ingat sebab dia selalu di sebelah Rowan.

Rachel dan Alice: - ingat diorang berdua disebabkan tulisan diorang. Ada signature handwriting dan....kerja pun kemas!

John, Owen dan Stephanie: - diorang slalu duduk bertiga..trendnya adalah Owen di sebelah Stephanie. Aku rasa diorang ni bf-gf kot. Haha..pandai je wat assumption. John ni slalunya dok depan diorang, tapi setiap kali tutorial dia akan pusing ke belakang dan diskus bersama. Aku ingat John sebab dia budak pandai. Owen plak sebab tulisan dia mmg cakar ayam! Stephanie plak sebab dia budak cute tapi grunge. Ala-ala bercelak, bertindik di mulut macam tu la....but trust me, she is so cute and adorable!

Jessica dan Cary:- Dua-dua budak ni...aku penah panggil nama diorang, tapi masing-masing dok syok bersembang dengan partner masing-masing. Jessica yang aku ingat sebab budak cun tapi ada aura sombong. Tapi aku tak tau lah die sombong ke tak...tapi itu cara aku ingat die. Cary plak mmg sah sah mix White+Black..so budak mix ni ada feature yang lain dan senang nak ingat.

Amy: Budak pandai, selalu tanya soalan and always get it rite.

Calum: Aku ingat die sebab first time tgk die, terus waaaahh.....hensem gile mamat ni! Ha...camtulah kan. Selain hensem, dia sebenarnya mengingatkan aku pada Ofri (budak Yahudi yang aku kenal kat Warwick). Ala-ala karektor playboy.....pastu dia cam berlagak macho gak. Nak tanya soalan pun tengok atas bawah dulu. Tapi kitaraong stat baik (dalam ertikata, dia dah tak tgk atas bawah, dan terus angkat tangan je nak tanya soalan kat aku), bila dia ada buat mistake dalam calculation die dan aku yang tunjukkan kat mana kesalahannya. So, I would say that he is more receptive now. And of course, still drop dead gorgeous!

Louise: Kenal pompuan ni sebab ada satu kali tu dia duduk sebelah Calum. Biasalah...dok nampak Calum hensem...tak perasan plak ada jugak pompuan lawa kat sebelah die. Lawa dan smart! So, sampai sekarang aku ingat!

James dan Fred:- James ni mamat blur dan Fred plak aku kenal sebab berpuluh kali sebut nama die, die tak angkat-angkat tangan. Jadi, aku dah mark budak Fred ni.

Yang lain-lain tu biasalah...fall into average category. Jadi, nak list kat dalam entry ni pun...tak ada karektor diorang yang stand out. Jadi, aku simpan nama diorang dalam hati jelah. Harapnya tak lupa sampai ke mati...

 

p/s: sedang berfikir dengan serius untuk menjadikan Calum sebagai watak hero. juga agak frust kerana my favourite girl, marjorie telah pun terkeluar dari ANTM. Uwaaaa...! So now, I am rooting for Analeigh!

   5 comments

nia
December 1, 2008   03:42 AM PST
 
to alin:
alaaaa lin..mestilah akak ingat!! :D muka pun dah ingat sekali. bkn nama jek...

to mrs sheikh:
helllooooooo....long time no see. wassup? erk..Insya-Allah, Calum tu bleh la jadi sumber inspirasi untuk hero yang baru. cuma nama tu kena tukar sket la..calum dgr dkt2 golum! :D
nia
December 1, 2008   03:40 AM PST
 
salam ikram!
bebudak mana? bebudak kat sini...ada yg local uk, ada yang from different european countries.

yerp, perancangannya macam tu la. 2010 nak balik mesia. harap2 sume berjalan lancar (though research sebenarnya takdela brapa lancar).

oh yes, she is so awkward at times and i dunno....i think that makes her adorable kot! ala...jgnla sampai tak tgk ANTM. haha..tapi akak pun tak tgk final habis. lepas analeigh kena buang, terus takde mood. :D

u take care too ikram!
mrs.sheikh
November 28, 2008   07:52 PM PST
 
waahh... bagus ni ...
ape lagik..tulis le novel baru nanti..letak nama calumm :D
Azlin
November 26, 2008   07:24 PM PST
 
Akak ingat tak nama lin.. haha.. ala bdk yg selalu melepak kat blog akak nih.. haha..
Name
November 24, 2008   12:26 AM PST
 
hye kak...
kali ni tak byk la nak merapu2 kat cni..hahaha..
nama bebudak yg akak sbut dlm entry ni bdk2 mana yer?

then,tahun 2010 br akak nak balik msia?by that time, i already in surrey..hohoho....kalo ad rezeki la kan....

u know what?i love marjorie toooo!!!!she is so unique n akward..just like me...tp ikram xla nervous sesgt cm dia...sdey sgt dia dh kuar....rasa cm xmau tgk dh antm..huhu...

ok kak,
bye..take care...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments