"To those who love me and those who love me not; to those who stay and those who steer away; to those who made me cry and made me laugh; I thank you all for the memories I have."

- -Nia--

- niaazalea81@yahoo.com-

   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31




No other sign of the Zodiac possesses such tremendous regenerative power as Scorpio sign does. Another symbol of Scorpio is the Phoenix, the mythological bird who burnt itself on a funeral pyre then rose from the ashes to live again. Scorpions are known for their intense and powerful natures. They are willful, proud and calm with an electrifying undercurrent of seething intensity. Purposeful and animated with force, they project a magnetic personality.
PLACES TO WANDER




-Tun M-
-Kak Ngah-



-Gra-
-Intan Mahsuri-
-Leo-
-Nuril-
-Rusdi-



-Alaf21-
-Alaf21 Fan Club-
-Adhan-
-Huda-
-Spectacular-



-Aleya Aneesa-
-Aisya Sofea-
-Anis Ayuni-
-Ayu Emelda-
-Bikash-
-Damya Hanna-
-Dhiya Zafira-
-Eka Fahara-
-Eyman Hykal-
-Iris Ixora-
-Laila Kamilia-
-Lily Haslina-
-Lily Suriani-
-Liza Zahira-
-Lynn Dayana-
-Meen Zulaikha-
-Norzailina-
-Rose Harissa-
-Shanika Latisya-
-Sri Diah-
-Umi Azrini-
-Zara Juita-






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Friday, January 02, 2009
Entry terakhir

Salam everyone. Juz wanna let u know that I will be no longer posting my thoughts here. Do visit my new home sweet home at:-

http://niaazalea.wordpress.com

Or simply click: Nia Azalea

See you there!!!

Posted at 06:19 pm by nia
Comments (1)  

Saturday, December 06, 2008
Musim sejuk kembali lagi!

Biarpun sejuk tapi matahari muncul setiap hari. Hadirnya sang mentari menyebabkan rasa dingin itu tidak terasa sangat. Beberapa hari lepas, salji pun dah turun. Jalan licin. Aku berjalan ke department, punyalah susah...maklumlah nak turun bukit, brake pun tak makan sangat. Masa yang diambil lebih lama, tak seperti selalu. Rasanya kalau lawan dengan siput babi, siput babi pun boleh menang lawan berjalan. Time nak turun bukit, rasa macam main ice skating je. Seret je kasut. Ada kalanya terasa seperti penguin. Ada ketika tangan tergawang-gawang cuba nak menyeimbangkan badan. Ada sekali tu sampai kena peluk tiang traffic light.

Musim sejuk kembali lagi! Otak pun turut sama sejuk dan beku. Tapi bila aku terpaksa buat apa yang selama ni aku cuba lari...maka lama-lama, aku makin paham apa yang aku tengah buat sekarang ni. Dulu...aku pikir buat phd ni buat bende yg kompleks! Tapi sebenarnya, you go back to the very basics...and then suddenly you happen to realize that you dont have a solid foundation to step on. Selama ni time aku belajar, rumus ada, pakai and then kuar jawapan. Tak de lah nak fikir sangat camne rumus ni dapat. Tapi bila kita kena invent sesuatu yang baru, kena perbaiki method yang ada....jadi idea tu nak datang dari mana? Itu soalan yang aku selalu fikir..macam mana orang-orang ni dapat idea nak perbaiki apa yang ada dalam dunia ni?

Macam mana telefon yang dicipta oleh Alexandar Graham Bell dah berubah menjadi canggih di zaman sekarang? Kenapa aku tak de idea yang spectacular macam tu? Adakah aku ni orang yang cepat berpuas hati dengan apa yang ada? Atau...mungkin aku ni memang tak dilahirkan untuk kreatif macam tu? I had a very lengthy discussion about this with Faiz. It started with a complaint, of course..like.."macam mana ni? dah nak dekat dua tahun? im so freaked out!!!!!! bla bla..bla... what should i do?..bla..bla...bla...I'm so stupid...bla bla bla...I shouldnt have come here and do this....bla..bla..bla." Lepas dah puas meluahkan perasaan yang mana diikuti dengan siri ceramah motivasi dan soal-jawab dengan Faiz, aku rasa lega...rasa cam dapat inspirasi!

Anyway....as much as I wanted to talk with Nick about this...aku tak berani beb! Aku tak tau nak mula dari mana. Tapi dah hari tu masa meeting dia ada bukak topik yang dia tak percaya dua tahun dah nak dekat habis.... So, apa lagi? Aku pun amik peluanglah tanya dia...apa yang dia fikir tentang research aku ni. Katanya, dia nampak yang aku ni almost bleh selesaikan satu masalah yang wujud dalam medical literature. Note, ALMOST! Dan dia kata...aku dah buat mathematical proof yang patut kemaskan sikit lagi. So, tu dah ok! Tapi...honestly...walaupun aku ada jjumpa perbezaan antara apa yang aku buat dan orang lain buat, tapi perbezaan tu minor. I want a MAJOR difference!!! Where can I get a MAJOR breakthrough? Sampai sekarang, aku masih tak dapat jawapan lagi.  

Musim sejuk kembali lagi! Leo dah pun pulang bercuti, merayakan Krismas di Belle Horizonte dan Rio de Janeiro. Sebelum dia balik, kitaorang berenam kuar; aku, Faiz, Jojo, Tom, Megan dan Leo. Kitaorang lepak kat Nando's. Ini kali kedua aku meratah ayam Nando's dalam hidup aku. Kali pertama di Warwick 4 tahun dulu. Sebab aku belajar dari pengalaman pertama, maka kali kedua ni..aku pergi ke Nando's dengan membawa bersama SOS CILI MAGGI. Jadinya ayam kali ni terasa lebih enak dimakan. Sedap sehingga habis satu pinggan. Dulu....makan sikit jek! Yang bawak aku makan dulu si Arep dan Koben. AKu ingat lagi Arep kata: "Pas ni hang bawaklah botol sos. Senang!" Dan sorang lagi rakyat Malaysia yang aku tau tak leh hidup tanpa sos cili MAGGI adalah Sean; Kate's boyfriend. Dulu time kecik-kecik..nasi mesti dengan kicap dengan sos. Sekarang ni...bila dah besar..aku dah berjaya mengurangkan kebergantungan kepada kicap dan sos. Satu perkembangan yang baik eh? Selepas lepak Nando's pergi main boling plak. 

Bila Leo tak ada, kawan main squash sudah pun digantikan dengan Katy; orang Jerman, research assistant kat sini. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Sebenarnya aku kagum tengok "kegagahan" die; terutamanya masa dia mengandungkan anaknya yang kedua. Ofis kat tingkat 6 tu dipanjatnya setiap hari. Dalam mengandung sarat tu, dia tetap jugak berjalan dari dari rumah ke department. Cam relax je...Agaknya itu kot rahsia dirinya tetap slim. Dahlah time dia main, power dan stamina kekal je. Aku ni dah termengah-mengah dah nak kejar bola. Tak penah menang pun lawan dengan die. Habis baik rekod adalah 7-9.

Musim sejuk kembali lagi! Kate muncul semula di department selepas bercuti selama sebulan. Balik kampung! Terus aku rasa lega. Sebab selain Leo, Kate adalah sorang lagi manusia kat department ni yang buat aku rasa selesa. Selepas seminggu hidup tak tentu arah, kerana kehilangan kawan....minggu ini suasana di jabatan lebih baik. Jadinya aku mengerti perasaan Marta sekarang bila dia cakap hidup dia sunyi bila satu persatu kawan-kawan meninggalkan Hicks dan dia pulak masih di sini. Masih berusaha untuk menghabiskan PhDnya. Kalau aku jadi dia, aku pun tertekan. 

p/s: redakan tekanan dengan Geo Challenge, Little Big Planet and Buzz!


Posted at 05:30 am by nia
Comments (2)  

Sunday, November 23, 2008
Tutor..

Dulu aku penah tulis tentang pelajar-pelajar aku. Tentang nama-nama mereka yang sering aku sebut dalam kelas. Sering diseru! Sebagai pensyarah/cikgu memang penting untuk kita ingat nama pelajar. Kalau nama aku diingat oleh pensyarah atau cikgu, maka inilah yang aku rasa:-

1. Diorang amik berat pasal aku.

2. Tak boleh nak main-main dalam kelas, kalau result tak ok, malu!

3. Akan rasa sangat bermotivasi untuk masuk ke kelas

Memandangkan aku percaya apa yang aku rasa, itulah juga yang dirasai oleh mereka yang bergelar pelajar...maka aku sentiasa cuba untuk ingat nama diorang. Kadang-kadang tak ingat nama diorang, ingat nama bapa diorang. Ini kes bila nama bapa diorang unik dan cepat untuk aku ingat. And I have mentioned dat...aku ingat nama berdasarkan tempat duduk pelajar. Manusia ni ada habit. Kalau dia suka duduk tepi tingkap belakang kelas...kat situ jugaklah tempat dia dalam kelas tersebut sampai abis semester. Aku juga selalunya cam orang bila aku tau dia tergolong dalam kumpulan mana. Siapa kawan-kawan dia? Jadi, selalunya pelajar ni cenderung untuk duduk di sebelah kengkawan rapat dielah...

Tapi di UPSI, aku tak mampu nak ingat nama semua pelajar. Habis banyak pun 60 - 70%. Di sini, aku ingat semua nama pelajar. Aku berjaya memaksa otak untuk mengingat nama-nama mereka. Let me tell u how the tutorial is handled here and the reason why I have to force myself to remember all the names. Tutorial kat sini dikendalikan oleh pensyarah dan tutor. Di awal kelas, pensyarah akan bagi arahan, soalan apa nak kena buat...pastu aku akan collect homework. Time aku collect homework tu...aku kena amik peluang untuk ingat nama dan wajah mereka yang aku tak ingat. Some of them memang dah terpahat di dalam kepala nama dan wajah mereka (biasalah..first impression: hensem dan cun!). So yang tulah yang aku ingat dulu.

Lepas dah collect homework diorang, aku kena bagi homework minggu lepas yang aku dah tanda...Aku kena bagi sorang-sorang. Dan kena bagi feedback sket la..apa yang tak kena...kat mana nak kena improve...etc. Jadi time nak kasik homework tu agak susah...sebab masa tu jugak diorang dah stat buat soalan-soalan tutorial + dah stat sembang-sembang + dah stat angkat tangan dan nak tanya soalan. Aku penah panggil nama berkali-kali untuk pulangkan homework, tak de orang pun yang menyahut. Tapi bila dah nak dekat habis kelas...barulah nak tanya: "eh mana paper aku?" Lagi satu masalah bila panggil nama diorang ni...kengkadang ada nama yang pelik..first name selalunya ok...tapi family name diorang tergeliat lidah aku nak sebut. Mulalah tak sure nak sebut ape.....Sebut pun dengan tak konfiden! Dan aku mmg tak suka bila ada rasa tak konfiden atau nervous. Sebenarnya nak sebut first name je memang boleh. Misalnya Jack! Tapi ada dua orang yang bernama Jack. Jack yang mana satu?

Jadi untuk mengatasi masalah tersebut...aku kena paksa diri aku untuk ingat nama-nama diorang. Kat sini aku nak list antara mereka yang aku kenali, yang tidak amik masa lama untuk mengingat (lepas 2 pertemuan), nama dan wajah terus melekat:-

Shahzad dan Seema:- mix pakistan macam tu.

Erwei, Zhang, Siqi :- tak China, Taiwan, Hong Kong dan sewaktu dengannya

Yusuke :-   Satu-satunya lelaki Jepun

Shukri: - satu-satunya lelaki Melayu..tak ingat sajalah tu!

Peter dan Matthew:- dua sekawan yang selalu duduk sebelah menyebelah. Yang uniknya walaupun berkawan, tapi markah tutorial diorang lain-lain. Peter ni konsisten dengan markah yang tinggi...dan Matthew plak dengan markah yang corot.

Rory, Daniel dan Leigh:- tiga sekawan...duduk berderet (see what I mean, kena kenal siapa kengkawan @ klik die). Rory berambut warna lobak merak, Daniel paling hensem antara mereka bertiga dan Leigh ala-ala lelaki skema tapi kiut!

Rowan dan Brogan: - selalu duduk sebelah jugak...aku ingat si Rowan ni koz kali pertama aku marking HW die, tulisan punyalah buruk sampaikan aku kena komen. So aku ingat die. Brogan ni aku ingat sebab dia selalu di sebelah Rowan.

Rachel dan Alice: - ingat diorang berdua disebabkan tulisan diorang. Ada signature handwriting dan....kerja pun kemas!

John, Owen dan Stephanie: - diorang slalu duduk bertiga..trendnya adalah Owen di sebelah Stephanie. Aku rasa diorang ni bf-gf kot. Haha..pandai je wat assumption. John ni slalunya dok depan diorang, tapi setiap kali tutorial dia akan pusing ke belakang dan diskus bersama. Aku ingat John sebab dia budak pandai. Owen plak sebab tulisan dia mmg cakar ayam! Stephanie plak sebab dia budak cute tapi grunge. Ala-ala bercelak, bertindik di mulut macam tu la....but trust me, she is so cute and adorable!

Jessica dan Cary:- Dua-dua budak ni...aku penah panggil nama diorang, tapi masing-masing dok syok bersembang dengan partner masing-masing. Jessica yang aku ingat sebab budak cun tapi ada aura sombong. Tapi aku tak tau lah die sombong ke tak...tapi itu cara aku ingat die. Cary plak mmg sah sah mix White+Black..so budak mix ni ada feature yang lain dan senang nak ingat.

Amy: Budak pandai, selalu tanya soalan and always get it rite.

Calum: Aku ingat die sebab first time tgk die, terus waaaahh.....hensem gile mamat ni! Ha...camtulah kan. Selain hensem, dia sebenarnya mengingatkan aku pada Ofri (budak Yahudi yang aku kenal kat Warwick). Ala-ala karektor playboy.....pastu dia cam berlagak macho gak. Nak tanya soalan pun tengok atas bawah dulu. Tapi kitaraong stat baik (dalam ertikata, dia dah tak tgk atas bawah, dan terus angkat tangan je nak tanya soalan kat aku), bila dia ada buat mistake dalam calculation die dan aku yang tunjukkan kat mana kesalahannya. So, I would say that he is more receptive now. And of course, still drop dead gorgeous!

Louise: Kenal pompuan ni sebab ada satu kali tu dia duduk sebelah Calum. Biasalah...dok nampak Calum hensem...tak perasan plak ada jugak pompuan lawa kat sebelah die. Lawa dan smart! So, sampai sekarang aku ingat!

James dan Fred:- James ni mamat blur dan Fred plak aku kenal sebab berpuluh kali sebut nama die, die tak angkat-angkat tangan. Jadi, aku dah mark budak Fred ni.

Yang lain-lain tu biasalah...fall into average category. Jadi, nak list kat dalam entry ni pun...tak ada karektor diorang yang stand out. Jadi, aku simpan nama diorang dalam hati jelah. Harapnya tak lupa sampai ke mati...

 

p/s: sedang berfikir dengan serius untuk menjadikan Calum sebagai watak hero. juga agak frust kerana my favourite girl, marjorie telah pun terkeluar dari ANTM. Uwaaaa...! So now, I am rooting for Analeigh!


Posted at 04:47 pm by nia
Comments (7)  

Monday, November 17, 2008
Getting older...

Or perhaps wiser?

Anyway..tahun ni nyer bithday rasa begitu syahdu sebab angka dah makin meningkat. Makin lari dari umur favourite..iaitu 18! Tapi tahun ni pun bermakna jugak sebab meraikannya sebagai seorang isteri. Waahh...kedengaran begitu mithali! Walhal aku sendiri pun lupa perkara tersebut (dan hanya diingatkan menerusi kad harijadi yang ditulis oleh Faiz). Kad yang diterima...macam biasa, ayat-ayat Faiz kalah ayat-ayat novelis. Tidaklah jiwang. Cukup aku katakan, yang ianya bermakna. Hadiah yang diterima pun tak disangka jugak. Sebab aku memang tak expect apa-apa. Siapa sangka, hadiah aku tu rupanya bersemayam di dalam kotak kiriman kuih muih raya yang dihantar (yang kini menjadi tempat dia menyimpan segala macam wayar laptop + pamphlet ntah pa-pe + gadgets). Sebab tu lah dua tiga hari sebelum hari lahir, aku dah kena marah bila menyuarakan hasrat untuk mengemas barang-barang die untuk dihumbankan ke dlm kotak tu.  

Dua tiga hari sebelum 11/11 kitaorang (kami + bebudak crookes + Zana&Sob) kuar makan di Chaman. Sekarang ni tempat makan tu antara port favourite. Faiz time tu sakit tekaklah + demam segala macam...tapi bila dengar lepas makan nak main bowling...fuhhh..laju! Semangat! Daripada sakit tekak, kemain rancak plak berborak dengan Sob. Zana pun sama jugak....daripada umah dok mengadu sakit perut. Kejap kata tak datang, kejap kata nak datang. Last sekali datang jugak, sebab teringatkan nasi beriyani. Kesimpulannya, si Faiz dan Zana ni walaupun mulanya tu sakit, tapi lama-lama ok. Faiz ok sebab bowling...dan Zana ok sebab nasi beriyani!

Hari esoknya plak Nurul dari Bradford datang melawat. Nurul ni kire pangkat adik...muda lagi, student undergrad dalam bidang marketing. Kenalan Faiz sebenarnya. Time die datang tu, agak malang jugak nasibnya sebab cuaca sangat tak ok. Hari Ahad plak tu...jadi bas tak banyak. Dekat sejam jugak dia menunggu bas. Walaupun mula-mula tu aku cam cuak dan tak tau nak cakap apa ....tapi lama-lama ok! Mulanya perbualan macam formal je..ala-ala sopan santun camtulah..tapi bila dah lama...hahaha..mulalah gossip sana-sini. 

On my birthday plak, aku kena ke London. Ada seminar satu hari; Royal Statistical Society..khas untuk futility analysis. Tak ramai pelajar yang datang. Aku ingat dptlah tengok muka-muka yang aku kenal (yg gi APTS atau RSC), tapi yang datang kebanyakannya mmg professional. Ppl yang btul-btul terlibat dlm clinical trials. Plak tu isu yang dibincangkan plak....memang aku tak de asas nak menyampuk atau mengeluarkan pendapat. Teman aku masa tu cuma Nick. Bayangkan....naik keretapi dari Sheffield ke London dah 2 jam setengah. Pergi balik 5 jam! Naik tiub dan teksi nak ke Barbican dalam setengah jam.

Kitaorang naik keretapi first class. Tapi Nick cakap jgn beritahu sesape! Tapi aku cakap je kat korang kat sini...hehe. Aku tak penah naik sblm ni. Jadi agak excited! Naik first class ni, ada orang yg layan minum, tuang kopi/teh semua...suratkhabar free...ada makanan ringan macam kacang + kerepek (aku panggil jajan!). Orang-orang yang naik first class ni kebanyakannya bawak laptop diorang...buat kerja. Aku plak....ada buku citer. Tu pun aku tersilap amik buku citer, koz buku tu aku dah baca. Nasib baik buku tu murah je...beli kat charity shop! Dalam beg ada paper dan pen...jadi aku pun pikir elok jugak merangka idea untuk novel. Tapi tau jelah..pagi-pagi ni minda tak celik lagi. Usahkan minda, mata pun tak berapa nak bukak. Punyalah tahan tak nak tido,  koz segan dgn NIck yang duduk berdepan..... Tapi sebab dah tak tahan sangat control menguap, aku pun tido jelah! Nak buat macam mana........Anyway, on the way balik dari London, aku berjaya tak tido! Yessza! Apa yang aku buat? Aku siapkan part yang agak kritikal dalam novel ke-4 ini.

Sampai di Sheffield, Faiz yang datang jemput (dengan kaki ye!). KItaorang naik teksi untuk makan malam di Baan Thai. Kali ni aku puas hati sebab tomyam die cukup power! Sampai kat umah, baru terasa penat dan terasa sakit. Sakit gigi! Pandai si wisdom tooth ni pilih masa untuk memunculkan diri. Terasa simbolik plak apabila dia tumbuh pada harijadi yang ke-27. Prosesnya sangat menyakitkan...sampaikan kena telan panadol. Selalunya aku cuba elak makan panadol atau apa jenis ubat...tapi sebab tak tahan sakit, terpaksalah...Tu pun dok rasa jugak sakit yang menyucuk.

Ada lagi 3 yang masih tak muncul-muncul lagi. Mungkinkah akan tumbuh pada harijadi yang ke-28, 29 dan 30? :)


Posted at 04:15 pm by nia
Comments (4)  

Monday, November 03, 2008
Hectic Month

Dah masuk bulan baru; November 2008...baru aku sempat nak mengupdate blog yg dah pun bersawang ni. Banyak citer nak dicoretkan. Jadi, agak panjang jugak entry kali ni. Layan jelah...ok!

Dua tiga hari  lepas raya pertama, orang Melayu kat sini macam biasa...aktif dengan segala jenis open house. Setiap hujung minggu memang ada saja yang anjurkan makan-makan. Jemputan Rusdi dan Kak An ke rumah terpaksa ditolak pada Ahad minggu pertama sebab ada program panjat bukit Peak District. Kat Mesia, aku mmg tak suka panjat memanjat bukit. Berpeluh, hamis, berpacat lintah sume...tapi kat sini ok. Kalau nak kotor pun kasut je. Berpeluh pun tidak. Sejuk lagi ada!

Cuaca diramalkan tak berapa ok...hujan tapi sebab rancangan PROGRESS dah dibuat awal...tak leh la nak kensel2 macam tu. Walaupun malas bangun tido di pagi Ahad, aku dan Faiz gagahkan diri jugak untuk bersiap. Walaupun cuaca mendung dan nampak sejuk, aku tak bagi Faiz pakai jeans. Nanti kalau hujan lebat, payah. Jadi, dia end up pakai bermuda. Aku ckp kat dia, yang nanti bila dah jln2 pjt bukit semua...tak rasa sejuk dah. You will be fine!

Bila kitaorang sampai kat depan stesen keretapi....semua yang kat situ semuanya berpakaian menutup kaki kecuali Faiz. Ada yang pakai jeans jugak. Ada yang bergaya stylo macam nak pergi shopping. Faiz masa tu...mmg bengang la kat aku kan...coz aku beriya-iya halang die tak kasik pakai jeans. Pulak tu, si Simon dan Noel cakap kat atas tu sejuk nanti. Boleh tahan ke? Dahlah hari ni diramalkan hujan. Aku kat sebelah Faiz time tu...buat-buat tengok lantai. Hehe..tak berani tengok muka bengang die beb!

Keretapi bertolak dari Sheffield ke Edale, kawasan perkampungan di Peak District. Kitaorang duduk berempat: aku, Faiz, Leo dan Jojo. Jojo ni orang Filipina...dia antara mamat yang ala-ala stylo. Best kenal dengan si Jojo ni..cepat je jadi kawan. Mulut pun tak henti-henti bercakap. Aku ni bukanlah kuat sangat pun stamina. Rasa mengah la jugak bila sambil memanjat bukit sambil bercakap. Faiz pulak dah tak muncung bila cuaca makin lama makin cerah, dan langit pulak makin lama makin biru. In fact, pada hari itulah dia melihat langit di UK paling biru. Suhu pun makin panas, jadi selesalah dia bersama kameranya sampai dia tertinggal jauh kat belakang. Sempat jugak dia dok ngusik aku dengan si Jojo Stylo: "Amboi...mentang2 jumpa bf baru...tak ingat kat I dah!"

Time berenti makan tengahari, orang lain bawak simple jek. Ala-ala biskut Maryland, epal, dan sandwich camtu la...aku plak beriya dengan nasi lemak! Malu pun ada nak makan.......sebab nampak sangat macam nak mentekedarah. Jadi end up tak makan time tengahari. Lagipun tak berapa nak lapar. Perjalanan pulak masih jauh...kalau perut penuh tak best jugak nak memanjat-manjat ni. Kitaorang dibawa berjalan sampai ke Castleton...kawasan ni cantik..bz dan menjadi tumpuan pelancong untuk aktiviti meneroka gua, aktiviti para gliding, hang gliding etc. Queen Elizabeth pun penah datang kat sini beberapa kali..sampaikan nama asal Devil's Arse ditukarkan kepada Peak Cavern sebab Queen rasa nama tu cam tak senonoh sangatlah gamaknya...

Dekat Castleton kitaorang singgah minum petang kat Dollys: The Hidden Tea Room. Memang tersorok betul pun. Tapi kedai ni lah antara kedai yang terkenal kat sini. Terkenal disebabkan scones die yang bau je pun dah boleh menaikkan selera makan. Selalunya scones kat kedai-kedai ni..takde bau. Tengok pun tak ada perasaan. Bila makan plak keras! Tapi yang kat sini lain...Kitaorang minum teh dan makan scones + cream + jam....sedap giler! Aku tak penah makan scones sesedap ini. Kitaorang yang datang ni siap ada guestbook lagi..kena tandatangan dan komen pasal servis ke makanan ke. Rata-rata bila aku tengok komen yang ditulis...semuanya puji pasal scones yang sedap. Bila buku pass kat kitaorang...aku suh Faiz je tulis...aku lebih suka baca apa yg kengkawan PROGRESS yang lain tulis. Ada satu komen tu berbunyi begini:

"I really really really love your scorn!"

Lepas minum teh, semua orang buat hal masing-masing. Jalan dan merayap sekitar Castleton. Kat sini ada istana atas bukit...tapi dah tutup time kitaorang sampai tu. Aku dengan Jojo pulak begitu teruja tengok betapa banyak "payung payung" berwarna-warni yang menghiasi kanvas langit. Siap beriya ke Information Centre nak tanya kat mana tempat diorang wat aktiviti tu..konon nak join kelas segala bagai....siap amik risalah sampai dua tiga jenis..tapi sampai sekarang pun kitaorang tak sempat nak join....







Hujung minggu kedua bulan Oktober, aku anjurkan open house untuk geng-geng department pulak. Time ni aku amik peluang untuk jemput Nick ke rumah. Yelah....kalau aku nak jemput dia sorang je makan malam, rasa segan plak. Nanti nak cakap apa? Aku bukannya reti sgt bercakap ni..masalah betul! Anyway...yg datang ke rumah hari tu takdelah ramai sangat sebab half of them ada yang bercuti. Jadi, siapa yang ada jelah yang datang. Jojo pun aku jemput sekali. Saja...sebab hari tu dia kata rindukan masakan Malaysia. He was in Kuala Lumpur for 2 months or so....conference apa mende ntah. Pastu sorang lagi rakyat Malaysia yang aku jemput, namanya Goh. Kenal time PROGRESS walk. Goh ni sangat peramah dan aku suka sikapnya waktu bertandang ke rumah hari tu...sebab dia bukan anggap diri dia sebagai tetamu..tapi juga bertindak ala-ala co host. Dialah yang tolong offer kuih muih raya kat geng-geng omputih ni...siap explain detail plak tu! Sorang lagi rakyat Malaysia yang datang ke rumah adalah Sean. He is Kate's boyfriend. Tetamu lain yang datang, Lucy dan Craig, Leo dan Thais, Micha, Kate and Tom and Megan.

Habis licin la jugak makanan....seronok tengok Goh dan Sean lawan bertambah nasi. Sean orang Melaka, jadinya rabung jugak bertukar cerita dengan Faiz. Katanya, dia dah setaun tak balik Malaysia. Setaun jugak tak makan masakan Melayu macam ni. Micha, Lucy dan Kate plak suka sangat dengan kuih tart nenas, dan satu dua lagi biskut raya yang aku tak tau nama. Bila makan sampai tak leh bercakap......yelah biskut raya kita kan selalunya lembut dan gebu...berbanding dengan cookies diorang yang keras. Jadi bila makan tu..mmg penuh mulut dan susah sikit nak bercakap. Untuk pencuci mulut, disebabkan malas punya pasal...aku beli je buah rambutan dalam tin. Tuang ke dalam mangkuk besar dan sejukkan dengan ais. Itu kali pertama diorang makan buah rambutan. And they loved it!!!

Lepas dah kenyang makan...kitaorang anjurkan game Win Lose or Draw. Aku dan Faiz jadi host. Dan cara kami bahagikan ahli kumpulan adalah mengikut model The Apprentice time final. Kononnya aku dengan Faiz project leaders...so amik turn pilih ahli kumpulan. Ahli kumpulan aku: Nick, Thais, Jojo, Micha, Megan dan Kate. Ahli kumpulan Faiz: Craig, Lucy, Goh, Sean, Leo and Tom. Kategori adalah famous ppl, places of interest, movies and general knowledge.

Nick walaupun tua...tapi hebat! Time dia melukis....orang boleh teka dengan baik. Sebab bila dia lukis, dia selalu mulakan dengan peta untuk tunjukkan lokasi. Pengetahuan tentang filem pun hebat jugak. Sepuluh saat lagi sebelum masa tamat dan ahli kumpulan lain semua macam dah panik, Nick dengan cool je jawab : "Crouching Tiger Hidden Dragon". Susah tu Thais nak melukis. Dengan tiger tak macam tiger dan dragon pun orang boleh teka sebab ada api kuar kat mulut yang tak macam mulut naga pun.

Yang best dan kelakar group Faiz: sebab Goh dengan Sean ni macam bekerjasama dengan cukup mantap. Kalau Sean lukis, Goh cpt je teka dan begitu juga sebaliknya. Malaysians think alike? Tapi ada satu soalan ni...Goh kena lukis tempat menarik: dan tempat menarik tu adalah 161 Crookes...(rumah kitaoranglah tu!) Saje je nak main-main....susah jugaklah diorang nak teka...kena lukis peta UK, narrow down to Sheffield, narrow down to area BroomHill apa sume..tapi diorang dapat juga akhirnya bila Goh ni lukis cam rumah ala-ala flat..lepas tu siap lukis tingkap..dan orang lidi beramai-ramai.

Craig pulak kena lukis The Beatles untuk kategori famous people. Dia baru lukis lima bulat yang mewakili lima kepala....tapi Lucy terus teka The Beatles. Dasat betul hubungan telepathy suami isteri ni! Dan setiap kali group Faiz dapat soalan famous people, Leo akan terus teka: "Madonna!" Baru nak lukis kepala....dah suka hati teka! Diorang ni main teka rambang je...esp untuk kategori famous ppl. Bila Kate kena lukis Dalai Lama, dia hanya mampu lukis peta negara China dan tunjukkan kawasan cam ala-ala Tibet. Tapi semua orang ingat pemimpin-pemimpin negara China. Dan keluarlah dari mulut Jojo yang memangnya stadi sains politik ...pelbagai nama..Mao Tze Tung, Zhang Wentian bla bla bla...... 

Yang paling malang sekali, Micha...lukisan dia mmg menjadi bahan ketawa. She was supposed to draw Sydney Opera House...dan F1 Monte Carlo. Tapi  mikrofon  (untuk menggambarkan opera house) yang dilukis nampak macam mushroom, pastu perempuan (untuk menggambarkan gadis litar) bagi F1 pulak ampak macam monster. Itu belum lagi map Eropahnya yang langsung tidak menggambarkan lokasi Monte Carlo. Anyway, we had a good time. Lepas semua dah penat main, sambung borak sket-sket dan amik gambar beramai-ramai. Berakhirlah aktiviti hujung minggu kedua di bulan Oktober.




Pada hujung minggu ketiga plak, sekali lagi mendapat jemputan open house kat rumah Rusdi dan Kak An. Kali ni kitaorang pergi. Rasa tak sedap pulak, sebab hari tu dia ajak tak sempat nak datang. Tapi kali ni seluruh warga Sheffield tertumpu kat situ. Adalah dekat 200 orang yang datang! Tetamu silih berganti. Bebudak undergrad, lepas makan...duduk kejap..pas tu ciao..koz ada banyak lagi umah sekitar Firth Park yang nak dilawati. Lagipun keadaan tak mengizinkan untuk duduk lama-lama. Ramai lagi org yg tunggu turn untuk beraya kat umah Rusdi. Actually, rumah terbuka kat rumah Rusdi ni dibuat oleh dua keluarga. Keluarga Rusdi dan keluarga Kak Dah. Menu tip top! Especially kerutup ayam. Gambar masa ni tak amik sangat pun, sebab keadaannya agak crowded. Tambah plak aku tak kenal sangat pun mereka yang datang bertandang kat rumah Rusdi. Selalunya teman aku berborak adalah Kak An, Kak Dah, dan dua tiga orang lagi akak yang penah terserempak kat surau. 

Hujung minggu keempat pada bulan Oktober, macam biasa...aktiviti membeli stok ayam + daging + beras + sayur. Maklumlah tak ada kereta...dan hanya naik bas je. Jadi rasa salah satu aktiviti hujung minggu yang memenatkan jugaklah...Selain tu, hari Sabtu, kami menerima kunjungan kehormat Jojo untuk kali kedua. Saja lepak-lepak sambil makan aiskrim yang dia bawak. Aku tak ada lah masak beriya pun. Buat mi kuah je. Dia datang dari pukul 7 malam, dan bersembang sampai pukul 12.30 malam. Gile betul....layan jelah! Lagipun cerita dia kelakar...politiknya sinis.. dan pengalaman dgn bebudak antarabangsa agak luas. Coz mamat ni buat master kat Sweden. Bidang yang dia belajar ni macam menarik jugak...sebab dia banyak travel merata tempat untuk projek-projek sains politiknya. Dahlah travel, boleh duduk lama-lama...dibayar plak tu! Malaysia (2 bulan or so), Vietnam, Thai dan taun depan pulak ke Brazil (selama setaun) dan negara-negara Amerika Latin yang lain.

Hari Ahad plak, Thais dan Leo buatkan vanilla cake...jadi petang Ahad tu, kami berempat lepak di kedai kopi sambil makan kek. Suasana kat city centre time tu meriah...sebab diorang tengah dalam mood Halloween. Jadi dengan fun fairnye...gerai makanannya..plak tu costume budak-budak. Bukan setakat budak-budak, mak bapak budak pun berhias bagai. Ada bas sekolah dan teksi siap park dekat kawasan tu...penuh dengan pemandu yang berhantu semuanya. 

Minggu pertama bulan November (yang baru-baru ni la..), Kak Azah sekeluarga dari Manchester dan Kak Reen dari Newcastle turun beraya di Sheffield.  Pukul 10.15 Kak Reen dah sampai....aku pun tak siap masak lagi. Tapi ok..sebab Boleh borak-borak lama sikit. Faiz pulak rancak je bersembang dengan Kak Reen....jadi bolehlah aku konsentret kat dapur dan sekali-sekala menyampuk perbualan diorang. Kak Azah datang dalam pukul 2, sebab masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Kak Azah siap bawak satay dan kicap kipas udang! Maceh!!! Dah lama aku cari kicap kipas udang kat Tai Sun, tak penah berjumpa. Yang ada kicap Thai ntah apa ntah. Sampai tiga botol kicap Thai tu aku beli...sebab yang pertama, kicap manis Thai rupanya. So tak sedap. So beli yang kedua tapi yang tu pulak kicap light soya yang tak serupa kicap yang kita biasa makan kat Mesia. So tak sedap! Beli yang ketiga plak..kicap yang berlabel thick soya...kaler dah hitam..dah cukup cun la tu...nampak macam dah pekat...tapi masin sangat! La ni..puas hati bila ada dua botol kicap kipas udang!

Hari Ahad pulak, makan-makan kat rumah Zana dan Sob. Katanya, masak simple jek. Simple mende la...dengan bihun Singapore dan mi kari siap! Ex housemates pun lepak sekali......dari pukul 1 tengahari sampai pukul 7 malam. Lepak, gossip, main Win Lose or Draw. Tapi game kali ni tak fair, sebab soalan untuk Kump A, let's say...kumpulan B yang buat. Jadi, level of difficulty tu tak sama. Jadi bila kump B merasakan soalan kump A cam ntah pa pe, kump B akan membalas dendam dan bagi soalan yang ntah pa pe jugak. Dan begitulah sebaliknya. But anyway...it was just a game. We had fun! Balik tu, sebab hujan rintik-rintik tambah dengan kesejukan tahap dewa (walaupun sekarang ni baru musim luruh, tapi salji dah turun dekat Manchester dan Coventry hari tu), makanya kami dihantar pulang oleh Sob dan Zana, biarpun Sob masih tidak mempunyai lesen memandu yang sah!

Itulah aktiviti hujung minggu yang paling terkini. Hari-hari bekerja plak..macam biasa...pergi ofis dan melakukan kerja-kerja pembacaan. Nak citer sket tentang research aku ni. Sekarang ni instead of reading medical literature, aku tgh menyelak  papers dalam econometric literature plak. Basically what I hope to find is, the procedure to account for multiple testing...Sbenarnya, time Nick present keje aku kat Iran hari tu, dia dapat feedback yang multiple testing ni sesuatu yang standard dalam econometry....Di samping bende-bende tu, kena jugak tengok papers yang related to Bayesian approach (yg selama ni aku cuba nak elak, tapi mmg tak leh elak). 

Apa yang baru untuk sem ni adalah aku sekarang handle two tutorial classes: satu untuk bebudak maths and stats, satu lagi untuk bebudak medic. Untuk maths dan stats, aku buat demonstration dalam kelas dan marking assignments. Bayaran dia agak lumayan berbanding kalau keje-keje jadik cleaner. Tapi reason aku terima tawaran untuk tutorial, bknlah disebabkan duit pun. Sebabnya aku nak belajar. Aku sedar yang kalau kita tak dipaksa untk mengajar, pengetahuan kita tak akan berkembang. Mengajar menyebabkan kita lebih tahu. Tetiba je....mende yang dulu aku rasa susah yaamatz menjadi senang dan makes sense. Kalau nak compare tutorial untuk bebudak maths dengan bebudak medic, medic lebih senang. Bayaran lebih lumayan, tak taulah nape mgkin sbb school diorang lebih banyak duit kot.

Untuk kelas medic, aku jumpa sorang rakyat Mesia. Dia tu dah kira pelajar berumur, dr yang nak buat PhD. Namanya Ng. Kat kelas maths plak, ada sorang gak Malaysian, namanya Shukri. Budak undergrad, bawah KPM. Sronok bila jumpa orang Malaysia...dan seronok jugak bila diorang nak belajar dengan kita, nak bertanya soalan etc. Tapi sebelum aku rasa seronok dan konfiden ni....aku bermula dengan keadaan yang nervous...yang cuak nak masuk ke kelas. Yang rasa bebudak mat salleh ni semuanya terer-terer belaka.....dan lebih baik dari pelajar-pelajar kita kat Mesia.  Macam-macam soalan aku pikir. Kalau diorang tanya aku tak leh jawab, macam mana? Nak kata apa? Nak sengih? Nak kelentong? AKu dah lah tak reti sangat kelentong-kelentong ni. Steven penah cakap, yang diorang ni tak tau apa-apa so kalau ko nak bohong pun takpe.  Tapi aku tak de skill macam si Steven ni. Boleh kona sana sini.....

Bila aku handle tutorial ni, satu perkara positif yang aku dapat adalah...keyakinan diri yang tinggi. Apa yang aku perhatikan..tak ada beza antara bebudak mat salleh dengan bebudak mesia. Jadi, tak perlu nak rasa takut kena soal dengan diorang. Nak kata semuanya pandai, tak pun. Ada dua tiga orang yang pandai, ramai yang average dan dua tiga lagi ketinggalan di belakang. Kat IPTA Mesia pun sama macam tu jugak. Apa yang aku cuba nak katakan adalah, tak apa kalau kita pandang hormat pada bangsa lain, tapi kita juga jangan rasa kita ni terlalu inferior sampai tak mampu nak bersaing secara sihat. Ada yang penah tanya pada aku...yang dia berminat untuk belajar di luar negara, tapi bahasa Inggeris lintang pukang. Alahai.....orang Perancis, Spain, Jerman semua tu ha...ada yang lebih teruk daripada kita! Kalau ada minat dan peluang untuk belajar di luar negara, amiklah peluang tersebut dan gunakan dengan sebaik-baiknya.


P/s: You are just as good as everyone else...


Posted at 12:17 pm by nia
Comments (11)  

Next Page