Biarpun sejuk tapi matahari muncul setiap hari. Hadirnya sang mentari menyebabkan rasa dingin itu tidak terasa sangat. Beberapa hari lepas, salji pun dah turun. Jalan licin. Aku berjalan ke department, punyalah susah...maklumlah nak turun bukit, brake pun tak makan sangat. Masa yang diambil lebih lama, tak seperti selalu. Rasanya kalau lawan dengan siput babi, siput babi pun boleh menang lawan berjalan. Time nak turun bukit, rasa macam main ice skating je. Seret je kasut. Ada kalanya terasa seperti penguin. Ada ketika tangan tergawang-gawang cuba nak menyeimbangkan badan. Ada sekali tu sampai kena peluk tiang traffic light.
Musim sejuk kembali lagi! Otak pun turut sama sejuk dan beku. Tapi bila aku terpaksa buat apa yang selama ni aku cuba lari...maka lama-lama, aku makin paham apa yang aku tengah buat sekarang ni. Dulu...aku pikir buat phd ni buat bende yg kompleks! Tapi sebenarnya, you go back to the very basics...and then suddenly you happen to realize that you dont have a solid foundation to step on. Selama ni time aku belajar, rumus ada, pakai and then kuar jawapan. Tak de lah nak fikir sangat camne rumus ni dapat. Tapi bila kita kena invent sesuatu yang baru, kena perbaiki method yang ada....jadi idea tu nak datang dari mana? Itu soalan yang aku selalu fikir..macam mana orang-orang ni dapat idea nak perbaiki apa yang ada dalam dunia ni?
Macam mana telefon yang dicipta oleh Alexandar Graham Bell dah berubah menjadi canggih di zaman sekarang? Kenapa aku tak de idea yang spectacular macam tu? Adakah aku ni orang yang cepat berpuas hati dengan apa yang ada? Atau...mungkin aku ni memang tak dilahirkan untuk kreatif macam tu? I had a very lengthy discussion about this with Faiz. It started with a complaint, of course..like.."macam mana ni? dah nak dekat dua tahun? im so freaked out!!!!!! bla bla..bla... what should i do?..bla..bla...bla...I'm so stupid...bla bla bla...I shouldnt have come here and do this....bla..bla..bla." Lepas dah puas meluahkan perasaan yang mana diikuti dengan siri ceramah motivasi dan soal-jawab dengan Faiz, aku rasa lega...rasa cam dapat inspirasi!
Anyway....as much as I wanted to talk with Nick about this...aku tak berani beb! Aku tak tau nak mula dari mana. Tapi dah hari tu masa meeting dia ada bukak topik yang dia tak percaya dua tahun dah nak dekat habis.... So, apa lagi? Aku pun amik peluanglah tanya dia...apa yang dia fikir tentang research aku ni. Katanya, dia nampak yang aku ni almost bleh selesaikan satu masalah yang wujud dalam medical literature. Note, ALMOST! Dan dia kata...aku dah buat mathematical proof yang patut kemaskan sikit lagi. So, tu dah ok! Tapi...honestly...walaupun aku ada jjumpa perbezaan antara apa yang aku buat dan orang lain buat, tapi perbezaan tu minor. I want a MAJOR difference!!! Where can I get a MAJOR breakthrough? Sampai sekarang, aku masih tak dapat jawapan lagi.
Musim sejuk kembali lagi! Leo dah pun pulang bercuti, merayakan Krismas di Belle Horizonte dan Rio de Janeiro. Sebelum dia balik, kitaorang berenam kuar; aku, Faiz, Jojo, Tom, Megan dan Leo. Kitaorang lepak kat Nando's. Ini kali kedua aku meratah ayam Nando's dalam hidup aku. Kali pertama di Warwick 4 tahun dulu. Sebab aku belajar dari pengalaman pertama, maka kali kedua ni..aku pergi ke Nando's dengan membawa bersama SOS CILI MAGGI. Jadinya ayam kali ni terasa lebih enak dimakan. Sedap sehingga habis satu pinggan. Dulu....makan sikit jek! Yang bawak aku makan dulu si Arep dan Koben. AKu ingat lagi Arep kata: "Pas ni hang bawaklah botol sos. Senang!" Dan sorang lagi rakyat Malaysia yang aku tau tak leh hidup tanpa sos cili MAGGI adalah Sean; Kate's boyfriend. Dulu time kecik-kecik..nasi mesti dengan kicap dengan sos. Sekarang ni...bila dah besar..aku dah berjaya mengurangkan kebergantungan kepada kicap dan sos. Satu perkembangan yang baik eh? Selepas lepak Nando's pergi main boling plak.
Bila Leo tak ada, kawan main squash sudah pun digantikan dengan Katy; orang Jerman, research assistant kat sini. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Sebenarnya aku kagum tengok "kegagahan" die; terutamanya masa dia mengandungkan anaknya yang kedua. Ofis kat tingkat 6 tu dipanjatnya setiap hari. Dalam mengandung sarat tu, dia tetap jugak berjalan dari dari rumah ke department. Cam relax je...Agaknya itu kot rahsia dirinya tetap slim. Dahlah time dia main, power dan stamina kekal je. Aku ni dah termengah-mengah dah nak kejar bola. Tak penah menang pun lawan dengan die. Habis baik rekod adalah 7-9.
Musim sejuk kembali lagi! Kate muncul semula di department selepas bercuti selama sebulan. Balik kampung! Terus aku rasa lega. Sebab selain Leo, Kate adalah sorang lagi manusia kat department ni yang buat aku rasa selesa. Selepas seminggu hidup tak tentu arah, kerana kehilangan kawan....minggu ini suasana di jabatan lebih baik. Jadinya aku mengerti perasaan Marta sekarang bila dia cakap hidup dia sunyi bila satu persatu kawan-kawan meninggalkan Hicks dan dia pulak masih di sini. Masih berusaha untuk menghabiskan PhDnya. Kalau aku jadi dia, aku pun tertekan.
p/s: redakan tekanan dengan Geo Challenge, Little Big Planet and Buzz!